Sabah singkirkan 14 pemain

Sabah FA telah membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak lebih dari separuh pemain dalam pasukan kini.

Sebanyak 14 pemain Sabah telah disingkirkan dari skuad dan kebanyakannya adalah pemain lama dan yang dibayar gaji tinggi.

“Kami telah membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak 14 pemain, termasuk dua pemain import, Brendan Gan dan Hendrik Helmke” kata Timbalan Presiden kelab, Datuk Yusof Kassim.
Antara yang telah disingkirkan juga adalah bekas penjanga gol kebangsaan, Azzizon Kadir dan Syed Adney.

Ronny Harun yang kembali ke Sabah awal musim ini turut tidak akan beraksi lagi untuk Sabah.
Antara pemain lain yang disingkirkan adalah Md Reithudin Ag Emran, Mafry Balang, pemain pertahanan Fariss Azlan dan pemain tengah, Zuraindey Jumai.

Penyerang Bobby Gonzales dan Razlan Oto juga akan meninggalkan Sabah bersama-sama dengan Sanjos Sundawat.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih lepada mereka yang telah banyak menyumbang kepada pasukan dan kami mengucapkan selamat maju jaya,” tambah Yusof.

Dimaklumkan juga bahawa pemain yang masih ada akan ditawarkan kontrak baru.

Selain 11 pemain yang dikekalkan, Sabah akan memanggil sembilan pemain skuad Sukma yang memenangi emas di Pahang Julai lepas.

Senarai pemain yang disingkirkan:
1. Brendan Gan
2. Hendrik Helmke
3. Syed Adney
4. Azizon Abd Kadir
5. Ronny Harun
6. Md Reithudin Ag Emran
7. Mafry Balang
8. Mohd Fariss Azlan Mat Isa
9. Zuraindey Jumai
10. Bobby Gonzales
11. Razlan Oto
12. Mohd Safuan Ibrahim
13. Naim Ahmad
14. Sanjos Sundawat