Ronaldo selamatkan Real

Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan dengan Manchester City yang berakhir dengan keputusan 3-2.

City kelihatan dapat merampas kemenangan dengan gol lewat Aleksandar Kolarov walaupun tidak bermain dengan baik.

Walaubagaimanapun Madrid menindak dengan gol penyamaan oleh Karim Benzema dan gol kemenangan Ronaldo pada detik terakhir.

Pasukan pelawat telah membuka tirai dengan jaringan pemain gantian Edin Dzeko dalam separuh masa kedua tetapi Marcelo telah menyamakan kedudukan tidak lama kemudian.

Pengurus Roberto Mancini telah membuat keputusan untuk menyertakan Matija Nastasic dan meninggalkan Joleon Lescott di bangku simpanan sementara penyerang Sergio Aguero yang telah pulih juga di bangku simpanan.

Pasukan Mourinho telah menguasai perlawanan tetapi penjaga gol City Joe Hart berjaya menangani ancaman pasukan tuan rumah itu dalam separuh masa pertama.

Separuh masa kedua telah menyaksikan pasukan Sepanyol itu meneruskan penguasaan perlawanan tetapi City telah merampas bola dan mencipta gol pertama pada minit ke 68.

Toure telah mencipta peluang itu dengan hantaran tepat pada Edin Dzeko dan penyerang Bosnia itu telah menyepak bola masuk dengan penuh keyakinan untuk membuka tirai.

Real Madrid menindak balas dengan percubaan Marcelo setelah menggelecek masuk dan menendang bola lepas Hart.

City kelihatan ingin merampas kemenangan dan hampir-hampir berjaya apabila Kolarov menjaringan gol kedua dengan tendangan percuma dari sayap kanan dengan hanya empat minit tinggal.

Benzema, yang telah menggantikan Higuain 17 minit sebelum akhir perlawanan, telah menggelecek masuk ke dalam kotak dan menyamakan kedudukan.

Walaubagaimanapun bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo menjaringkan gol kemenangan dalam masa tambahan dengan jaringan kencang.

Highlight