Red Devils hanya menang tipis

Red Devils menewaskan Newcastle 2-1 untuk melayakkan diri ke pusingan keempat dalam saingan Capital One.


Dengan penampilan Wayne Rooney yang telah pulih dari kecederaan paha dan Darren Fletcher yang telah bermain seluruh 90 minit pada penampilan pertamanya sejak didedahkan bahawa beliau menghidapi penyakit usus kronik sepuluh bulan yang lalu, ia terbukti sebuah malam yang memuaskan untuk pasukan Sir Alex Ferguson.

Papiss Cisse hampir memberi kejutan untuk pasukan lawatan apaibla dia hampir menjaringkan gol hanya untuk melihat bola melambung ke atas gawang.

Anderson telah membawa pasukan Ferguson ke hadapan sebelum masa rehat dan benteng pertahanan United mampu bertahan hingga akhir perlawanan.

Ia dikatakan benteng pertahanan baru United itu telah mengacam Newscastle sepanjang perlawanan.
Cleverley mencipta peluang untuk menjaringkan gol pada minit ke 34 apabila beliau mendapat hantaran dari Javier Hernandez. Namun, beliau hanya mampu melambung bola ke atas gawang walaupun telah melulusi Elliot.

Peluang kedua kemudian diberi apabila beliau mendapat bola dari Welbeck pada kaki kirinya lalu ditendang masuk gawang untuk menanda gol pertama United pada malam itu.

Hampir seminit kemudian dan pemain bintang musim lalu, Cisse telah menyamakan kedudukan dengan tandukan tepat dari hantaran pemain gantian Shane Ferguson.

Nasib malang Javier Hernandez berterusan apabila sepakan beliau melanggar tiang gawang.
Perlawanan hampir seri apabila tendangan Cisse tersasar.

Highlight