Rajagobal panggil empat muka baru

Berdasarkan senarai dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, empat muka baru dalam skuad kendalian ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal itu ialah pemain tengah Pahang, R. Gopinathan; pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari, Affize Faisal dari Harimau Muda dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, FAM berkata, kesemua pemain dikehendaki hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya untuk sesi latihan dan pemilihan dari 5 hingga 13 Oktober ini.
Senarai pemain:
Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Khairul Helmi Johari (Kedah); Azamuddin Mohd Akil dan R.Gopinathan (Pahang); penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Mohd Sali dan Shahrizal Saad (Johor FC).
Amiridzwan Taj Tajudin, D.Christie Jayaseelan, Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (Angkatan Tentera Malaysia); Muhammad Zubir Mohd Azmi dan Mohd Faizal Muhammad (Terengganu).
Safiq Rahim, Mohd Bunyamin Umar dan Norazlan Razali (Selangor); Ahmad Shakir Mohd Ali, Mohd Farizal Marlias dan S.Kunanlan (Negeri Sembilan); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha dan S.Subramaniam (Kelantan) serta Ahmad Fakri Saarani dan Yong Kuong Yong (Felda United).
Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A). – Bernama
DKRG ni tak abib2 dgn FAKRI felda utd..alamak
mamat ni masih terkial2 time game pun dpt
selection utk lwn hong kong..ada score dlm
game Msia Cup…nape tak select Afiq Azmi
dr Kelantan(loan dr KL), budak ni bagus mcm
Rozaimi…dlm Msia Cupo ada sacore gol…
DKRG jgn la trlapas pandang player2 mcm ni..
satu lg ni …alahai kenapa ada keeper yg
comel sangat mcm keeper HM A izham tarmizi
adesss…tlg la keeper betul2 ada saiz sikit
DKRG !!!!!!!