Pijak gambar PM: Model sambilan serah diri kepada polis

JOHOR BAHRU – Seorang model sambilan berusia 19 tahun menyerah diri di ibu pejabat polis daerah Johor Bahru (Selatan) hari ini berhubung isu memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis lalu.

Remaja dari Taman Puteri Wangsa, yang ditemani rakan-rakannya, menyerah diri kira-kira jam 10 pagi tadi.