Pemain Terengganu terlibat rasuah?

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bimbang akan skandal pengaturan perlawanan yang melibatkan pasukan Terengganu baru-baru ini.

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual tiga pemain – Sharbinee Allawee, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi untuk membantu siasatan.

“Kami sedang memantau situasi di Terengganu. Ia satu berita buruk jika dakwaan itu adalah benar,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Walaubagaimanapun, kami tidak boleh memberi komen kerana siasatan masih dijalankan.”

Difahamkan bahawa SPRM sedang hampir mendapatkan pengakuan dari salah sorang pemain yang ditemu bual. Mereka sedang menunggu ujian poligraf pemain tersebut sebelum menjalankan tindakan seterusnya.

“Jika benar, pihak bertanggungjawab harus mengenakan tindakan keras terhadap mereka yang terlibat. Kami komited dalam membanteras pengaturan perlawanan dalam bola sepak tempatan,” tambah Hamidin.