Mislina Mustaffa Kini Hidup Gelandangan, Persoal Tentang Kesahihan Islam

Mislina Mustaffa Kini Hidup Gelandangan, Persoal Tentang Kesahihan Islam

Aktress dan anak seni ini mula mendapat perhatian lebih serius daripada masyarakat apabila tampil menyertai perhimpunan Occupy Dataran beberapa bulan yang lalu.

Mungkin perasaan ingin tahu yang mendalam, pihak Malaysia Kini telah mengeluarkan dua bahagian video yang memaparkan kehidupan sebenar Mislina Mustaffa hari ini.

Kami lebih tertarik dengan bahagian kedua siri video ini yang banyak memaparkan eksperimen Mislina Mustaffa yang kini hidup tanpa rumah tetap atau bergelandangan.

Mislina Mustaffa melalui video ini di’tunjuk menginap di sebuah flat yang serba kekurangan berkongsi dengan beberapa orang lain dan juga anjing peliharaan beliau — Atan.

Aktivis masyarakat ini juga mengatakan yang beliau pernah tinggal di satu satu hostel dan rumah penginapan untuk 3,4 hari sebelum berpindah ke lokasi lain sebagai satu eksperimen.

Itu mungkin gaya hidup eksperimen yang ingin Mislina Mustaffa lalui tetapi apa yang kami sendiri kurang senang adalah kata kata aktress ini yang seakan mempersoalkan agama Islam.

Anda perlu mendengar sendiri kata kata Mislina Mustaffa dalam video di’bawah untuk menyelami akal fikiran beliau tentang agama Islam dan gaya hidup manusia hari ini. Cuma, buka fikiran anda luas luas, itu sahaja. Itu pun sebenarnya kenapa kita di’kurniakan akal fikiran, bukan?