Man City tewaskan QPR

Yaya Toure, Edin Dzeko dan Carlos Tevez menjaringkan gol dalam kemenangan 3-1 atas QPR di Stadium Etihad.

Jose Mourinho turut hadir dalam perlawanan City sebelum pertembungan mereka di Liga Juara-Juara dan menyaksikan prestasi baik Toure di tengah padang.

Dzeko mengancam pada minit pertama dengan tandukan dari tendangan sudut tetapi telah dihalang Fabio da Silva yang dipinjamkan dari Manchester United.

Begitu juga dengan percubaan Toure beberapa minit kemudian yang dihalang Shaun Wright-Phillips.
City meneruskan tekanan tetapi QPR masih mendapat peluang apabila Jack Rodwell gagal mengawal hantarannya dan memberi pasukan Rangers tendangan sudut tetapi pasukan pelawat tidak dapat mengambil kesempatan.

Toure membuka tirai pada minit ke 16 dengan rembatan kencang setelah percubaan Tevez sebelum itu dihalang.

Bekas pemain Real Madrid, Granero, telah membuat percubaan pertama QPR dari luar kotak tetapi Joe Hart mampu menanganinya.

Rentak perlawanan kekal dengan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol hingga separuh masa kedua. Andrew Johnson merampas bola dari luar kotak dan merembat bola yang dipesong keluar oleh Hart tetapi Zamora menanduk masuk gol penyamaan dengan senang.

City menindak balas dengan hantaran Tevez yang ditanduk masuk Dzeko untuk mengekalkan kelebihan gol.

Dzeko membalas ciptaan gol beliau apabila memberi hantaran yang dirembat masuk Tevez dalam masa kecederaan.

Highlight