Malang buat Harimau Muda

 
SKUAD Harimau Muda sepatutnya meneruskan rentak kecemerlangan apabila berjaya mendahului Balestier Khalsa 1-0 dalam saingan Liga Singapura di Stadium Yishu, malam tadi.

Beraksi pada babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan.

Namun, kesilapan Balestier Khalsa akhirnya membawa padah apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada anak buah Ong Kim Swee pada babak awal perlawanan.

Akhirnya, penyerang berbisa negara, A. Thamil Arasu muncul wira Harimau Muda apabila berjaya menyelesaikan sepakan penalti pada minit ke-12.

Namun 3 mata yang diharapkan hilang begitu saja kerana perlawanan akan dibatalkan pada min ke 64 kerana hujan lebat. Difahamkan tarikh baru perlawanan akan ditentukan nanti dan jaringan perlawanan ini tidak akan dikira.

Selepas ini, Harimau Muda bakal diuji Gombak United di Stadium Yishun pada 30 September ini.
Sepanjang bulan depan, Harimau Muda akan membuat perhitungan dengan Hougang United di tempat lawan (20 Oktober) sebelum melayan kunjungan Geylang United empat hari kemudian.

Mereka akan menutup tirai Liga S berdepan pendahulu liga, Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 1 November.