Kim Swee lakukan persediaan awal

Ketiadaan pemain tonggak dalam pasukan Harimau Muda memberi peluang kepada pemain lain untuk mengembangkan bakat mereka bersama Malaysia Bawah-23.

Malaysia B23 dikhuatiri tempang apabila mereka berangkat ke Jakarta untuk saingan Piala SCTV menentang Indonesia B23. Namun, jurulatih Ong Kim Swee mempunyai jalan lain dengan memanggil beberapa pemain Liga Malaysia untuk mengukuhkan pasukannya.

Pemain-pemain Bawah-23 yang telah dipanggil oleh K.Rajagobal adalah Fadhli Shas, Zubir Azmi, Gary Robbat, Wan Zack Haikal dan Mahali Jasuli.

Ini telah memberi peluang kepada Azrif Nasrulhaq, Aminuddin (PKNS), K.Rueben (ATM), Rozaimi Abd Rahman (Sabah) dan Nik Shahrul (Kelantan) untuk membantu skuad Malaysia B23.

“Perlawanan ini adalah persediaan awal untuk Sukan SEA tahun depan dimana saya akan mencuba pemain-pemain baru. Kami kehilangan pemain-pemain tonggak. Jadi ini peluang terbaik untuk memanggil pemain-pemain ini.

“Saya ingin memerhatikan Nik Shahrul yang telah beraksi dengan baik bersama Kelantan dalam Piala Malaysia dan juga Syawal di bek kanan.

“Reuben pula saya kana lihat aksinya di pertahanan dimana kami kehilangan Amer Saidin yang cedera jangka masa panjang.

“Shahrul Saad kini sudah lebih yakin di posisi itu dalam Liga Singapura tetapi masih terdapat banyak masa untuk kami menyediakan skuad Sukan SEA,” kata Kim Swee kepada New Straits Times.