Khyril Muhymeen bakal ke eropah

Setelah berjaya menarik perhatian 2 kelab Indonesia Ogos lalu, Khyril Muhymeen sekali lagi bakal menjadi perhatian peminat bola Malaysia.

Menyarung jersi nombor 18 dan diberi jolokan nama KM18 di kalangan peminat setia Kenari membuktikan dirinya sememangnya bernilai apabila meledak 10 gol dalam Liga Super, empat gol Piala FA dan 3 gol Piala Malaysia setakat ini.

Dikhabarkan Marco Guimaraes agen FIFA dari Singapore telah menghubungi KM18 sendiri bagi menyatakan hasrat beliau bagi membawa Khyril untuk mencuba nasib di Eropah.

Agen ini turut juga bertangungjawab membawa Nazmi Faiz dan Asraruddin Putra mencuba bakat mereka di luar.

Sesudah diintai oleh dua pasukan Indonesia kini peluang untuk mengembangkan bakat KM18 di Eropah terbuka.

KM18 yang berusia 25 tahun dan sedang mencapai kemuncak prestasinya. Difahamkan surat Rasmi juga sudah di nyatakan pada FAM.

Selepas tersingkirnya Kedah dari saingan Liga Super, KM18 dihubungi beberapa pasukan gergasi dari Lembah Klang, Pantai Timur dan Selatan tanah air berhubung masa depan Khyril dan menunjukkan minat untuk membawa KM18 bersama pasukan mereka.

Beliau juga akan beraksi bersama skuad kebangsaan menentang Vietnam 15 September ini. KM18 berharap diberi peluang beraksi dalam tempoh yang lebih lama dalam perlawanan tersebut.

Jom layan gol sensasi dari KM18 ketika bertemu Kelantan dalam saingan Piala Malaysia 25 Ogos lalu.