Kelantan mahu balas dendam malam ini

Walaupun tewas 5-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala AFC di Iraq, Kelantan akan tetap akan berjuang habis-habisan di Kota Bharu malam ini.


Pasukan Arbil SC yang dikatakan pilihan untuk menjuarai Piala AFC tahun ini ternyata lebih baik ketika menewaskan Kelantan yang tempang tanpa pemain tonggak pada perlawanan pertama.

Menurut pengurus pasukan Kelantan, Azman Ibrahim, cabaran Kelantan masih belum berakhir walaupun ketinggalan empat gol.

“Arbil SC adalah pasukan yang lebih hebat tetapi kami ingin mengambil peluang sepenuhnya beraksi di tempat sendiri,” kata Azman.

Kelantan berlepas ke Iraq sebelum ini tanpa lima pemain tonggak termasuk Indra Putra dan Norshahrul Idlan Talaha.

Walaubagaimanapun, mereka dijangkakan akan lebih memantapkan pasukan malam ini sekembalinya dalam pasukan.

“Jika kami akan tewas sekali pun, kami akan tetap berjuang. Kami tidak akan memberikan laluan yang mudah untuk Arbil,” kata Azman lagi.

Kelantan akan bertemu Felda United untuk saingan suku akhir Piala Malaysia pada 29 September ini.

Jangan lupa saksikan live stream untuk perlawanan ini di sini