Kelantan berdepan Arbil tanpa barisan terkuat

Kelantan berdepan tugas getir apabila berkunjung ke Iraq, untuk menentang Arbil FC dalam saingan suku akhir Piala AFC.

Apa yang memeritkan gergasi pantai timur itu, mereka terpaksa turun tanpa barisan terkuat apabila beberapa tonggak utamanya Mohamad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan S. Subramaniam disisihkan akibat kecederaan.

Pada aksi pertama itu, difahamkan Indra Putra Mahayuddin juga tidak dibawa ke Arbil ekoran masalah teknikal sebelum bertolak ke Arbil. Manakala pemain import, Obinna Nwaneri turut tidak beraksi akibat digantung satu perlawanan.

Dalam perlawanan yang dijadual berlangsung di Stadium Franso Hairi pada Selasa ini, Arbil dijangka akan menurunkan pemain terkuat dengan bebas dari masalah kecederaan mahupun pengantungan perlawanan.

Mereka pastinya akan menyandarkan harapan tinggi kepada tonggak utama skuad kebangsaan Iraq, Sarhang Muhsin, Luay Salah dan Saad Attiya, selain pemain sayap Nabeel Sabah dan Abdelrazak Al Husain.

Senarai Pemain Kelantan ke Arbil

Penjaga gol:

Shahrizan Ismail, Kharul Fahmi Che Mat.

Pertahanan:

Daudsu Jamaludin, Nik Shahrul Azim, Emmanuel Okinne, Mafri Balang, Aslam Najmudeen, Rizal Fahmi Rosid, Zairul Fitree Ishak.

Tengah:

Mohd Badri Radzi, Nurul Azwan Roya, Shakir Sahaari, Khairul Izuan Rosli, Norfarhan Mohamad.

Penyerang:

Afiq Azmi, Danny Antwi, Azlan Ismail.