Kedah tetap ingin menang

BIARPUN peluang Kedah melangkah ke suku akhir Piala Malaysia musim ini sudah tertutup rapat, namun para pemain pasukan itu tetap bertekad untuk melakar kemenangan ke atas Juara Liga Premier, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada pertemuan terakhir Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.

Namun, peluang skuad Kenari akan kembali terbuka sekiranya berlaku keajaiban menerusi kejutan yang mungkin boleh dibuat Terengganu dengan menewaskan Juara Liga Super, Kelantan.

Walau apa pun percaturan di atas kertas, anak-anak buah Marijo Tot yang diketuai kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar hanya mahu fokus dan tekad meraih kemenangan ke atas skuad bimbingan B. Sathianathan yang tewas kepada Kelantan 4-3 baru-baru ini.

Baddrol mengakui, sukar untuk menang besar ke atas pasukan kelab itu yang dibarisi pemain berpengalaman dan sudah pasti mereka juga mahukan kemenangan.

Namun katanya, pemain akan mempamerkan aksi terbaik pada pertemuan terakhir ini, sekali gus mahu mencatat keme- nangan bermakna buat pasukan di samping mengharapkan Kelantan tumpas kepada Terengganu.

“Pertemuan terakhir ini adalah sukar bagi pemain lebih-lebih lagi Kedah perlu menang besar dan mengharapkan Kelantan kalah, namun kami akan cuba yang terbaik,” kata- nya.

Kedah ketika ini berada di tangga ketiga dengan lima mata, ketinggalan tiga mata di belakang Kelantan. The Red Warriors mengumpul lapan mata berbanding ATM yang menerajui Kumpulan B dengan 10 mata.

Baddrol juga berharap rakan-rakan sepasukannya khususnya rangkaian serangan mampu menterjemahkan peluang dengan jaringan dan tidak berputus asa untuk memecah benteng pasukan lawan.

“Apabila mendahului pasukan lawan pemain tidak usah berasa selesa, sebaliknya jika ketinggalan pemain perlu terus berusaha memburu gol sehingga wisel penamat,” katanya.

“Apa pun, pemain perlu fokus dan komi- ted pada perlawanan ini tanpa perlu memi- kirkan keputusan lalu, tewas kepada ATM di gelanggang sendiri dan peluang ke suku akhir yang amat tipis,” katanya.