Joseph Kalang kembali ke Sarawak

Joseph Kalang Tie yang tidak akan beraksi untuk Terengganu lagi musim depan kini bersedia untuk kembali ke Sarawak negeri kelahirannya.

Pemain dari Miri itu walaubagaimanapun rela menyarungkan jersi Terengganu lagi jika diberi peluang di masa depan.

“Saya sayangkan Terengganu dan rakyatnya, terutama sekali para penyokong,” katanya.

Joseph, 25 telah menerima banyak tawaran dari negeri lain dan akui beliau telah dilayan dengan baik oleh pihak pengurusan, pemain dan penyokong.

“Dengan berat hati saya akan meninggalkan Terengganu. Saya anggap rakan sepasukan sebagai keluarga saya sendiri.

“Saya harap akan bertemu mereka lagi dalam liga atau Piala Malaysia.”