Jaringan Defoe beri AVB kemenangan

Jermain Defoe menjaringkan dua gol dan memberi Andre Villas-Boas kemenangan pertama dengan Reading.

Defoe telah membuka tirai di separuh masa pertama sebelum dua lagi gol dalam tiga minit meraih tiga mata untuk Tottenham.

Gareth Bale menambah dengan jaringan kedua apabila rembatan kencang beliau gagal ditangani Alex McCarthy dan Defoe mencatatkan gol ketiga pasukannya dengan aksi solo.

Reading tidak bermain dengan baik dan gagal membuat gerakan serangan yang sempurna hingga minit terakhir apabila Hal Robson-Kanu menjaringkan gol saguhati.

Kemenangan ini menyenangkan keadaan untuk Villas-Boas yang telah dikritik oleh pengurusan selepas tiga perlawanan tanpa keputusan baik.

Mousa Dembele, Gylfi Sigurdsson dan Defoe semua berganding usaha dengan baik dan gerakan mereka pada minit ke 17 telah memberi peluang untuk Lennon mencipta gol pertama dengan sepakan Defoe dari dalam kotak.

Spurs terus menguasai perlawanan hingga separuh masa kedua tetapi hanya mampu mendapatkan gol pada minit ke 70 apabila Walker melepasi dua pemain sebelum memberi bola kepada Bale yang memberi rembatan cantik untuk gol kedua.

Dua minit kemudian, Defoe menyerlah dengan usaha solo dari tengah padang lepas empat pemain Reading sebelum menyepak bola masuk untuk gol ketiga pasukannya.

Walaubagaimanapun Reading tidak menyerah diri dan mendapatkan gol saguhati apabila Le Fondre memberi hantaran cantik kepada Robson-Kanu yang menjaringkan gol dari jarak dekat.

Highlight