Irfan mahu Amri yahyah bersama skuad Rajagopal

Jurulatih Selangor, Irfan Bakti memuji prestasi Amri Yahyah bersama pasukan sejaka kebelakangan ini dan merasakan dia patut beraksi untuk skuad kebangsaan.

Amri telah menjaringkan lima gol dalam enam perlawanan bersama Selangor dalam saingan Piala Malaysia tahun ini dan kelihatannya banyak lagi yang akan datang darinya.

Irfan Bakti berpuas hati dengan aksinya dan tidak terkejut jika Amri dipilih oleh Rajagobal untuk menyertai skuad kebangsaan Malaysia bagi saingan Piala Suzuki yang akan datang.

“Kenapa dia tidak boleh beraksi untuk Harimau Malaya? Amri telah banyak meningkat dan penyertaannya harus dipertimbangkan. Walaupun telha sedikit berumur, dia masih aktif. Dia juag pemain saya yang paling cergas,” kata Irfan kepada New Straits Times.

“Saya harap dia bebas dari sebarang kecederaan kerana saya perlukan dia untuk terus beraksi. Saya percaya Selangor mempunyai peluang untuk menjuarai Piala Malaysia.” katanya lagi.