Hatrik RVP hampakan Southampton

Jaringan hatrik Robin Van Persie membantu Manchester United mengutip tiga mata pada minit terakhir dalam kemenangan 3-2 ke atas Southampton.

Rickie Lambert menyumbat gol pembukaan pada minit ke-16 perlawanan dan Van Persie menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian.

Southampton kemudian mendahului sekali lagi selepas Morgan Schneiderlin menanduk masuk gol kedua The Saints.

Manchester United kemudian diberi sepakan penalti namun percubaan penalti oleh Van Persie gagal selepas penjaga gol, Kelvin Davis berjaya menyelamatkan sepakannya.

Walaubgaimanapun, Persie berjaya bangkit dengan menjaringkan dua gol pada masa penamat yang juga merupakan gol ke-100 miliknya dalam liga.

Perlawanan dimulakan dengan Anders Lindegaard di gawang gol menggantikan David de Gea.

Rio Ferdinand juga terlibat dan digandingkan dengan Nemanja Vidic. Kali terakhir mereka beraksi bersama adalah ketika tewas 2-1 kepada Basel Disember lepas.

Ternyata persembahan hebat Southampton membuahkan hasil apabila mereka berjaya mendahului Manchester United sebanyak dua kali.

Namun, nasib tidak menyebelahi mereka apabila United hanya berjaya mencipta kemenangan pada masa penamat.

Bahagian pertahanan United masih lagi goyah dengan kesilapan Patrice Evra menyebabkan mereka bolos kali kedua.

Kemasukan Paul Scholes pada separuh masa kedua telah memberi impak kepada United yang tidak berputus asa untuk mendapatkan tiga mata.

Highlight