Harimau Muda ratah skuad utama brunei

Skuad Harimau Muda yakni pasukan Malaysia bawah 22 tahun beraksi cemerlang menewaskan skuad Piala AFF Brunei 4-1 dalam satu perlawanan persahabatan di Stadium UITM, Shah Alam petang semalam.

Perlawanan yang merupakan aksi pemanas badan skuad Harimau Muda sebagai persediaan menghadapi Piala SCTV 2012 yang akan dilangsungkan di Jakarta Indonesia menentang skuad Indonesia u22 nanti.
Skuad Harimau Muda tidak menunggu lama apabila menjaringkan gol awal pada minit ke 9 menerusi jaringan Thamil Arasu. Dan terus menggandakan jaringan menerusi Wan Zaharulnizam pada minit ke 25 sebelum Brunei merapatkan jurang pada minit ke 43 sebelum wisel penamat dibunyikan menerusi Jurelmi Zaini.
Memasuki babak kedua, skuad Harimau Muda terus menguasai perlawanan dengan beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan. Namun akhirnya D.Saarvindran berjaya menjaringkan gol ketiga hasil kesilapan pertahanan dan penjaga gol Brunei pada minit ke 65.
Ferris Danial menambah luka skuad Piala AFF Suzuki 2012 Brunei dengan menjaringkan gol keempat sekaligus menyaksikan skuad muda negara menang bergaya 4-1 ke atas skuad Piala AFF Brunei.
Malaysia u22 vs Indonesia u22 PIALA SCTV 9 September 2012 di Stadium Gelora Bungkarno,Jakarta akan disiarkan di soccer live stream ch3 jam 8.00 malam-