Harimau Muda mengganas

Pasukan Ong Kim Swee menemui rentak kembali. Terbaru mereka berjaya membelasah Singapore Armed Forces dengan jaringan 4-1 sebentar tadi.

Ahmad Hazwan menjaringkan hattrik sementara Wan Zack menjaringkan gol kedua negara.

Gol tunggal SAF dijaringkan oleh Misklav pada hujung masa perlawanan.

Marin Midosevic dilayangkan kad merah pada min ke-41 menyebabkan SAF hanya bermain 10 orang selepas itu.