Gadis campak anak dari flat

KUALA LUMPUR – Seorang wanita terkejut apabila beg tangan yang dibawanya ditoreh seorang pencuri sepanjang hampir 10 sentimeter ketika dia sedang beratur untuk membuat pembayaran di kaunter sebuah pusat beli-belah terkenal di Suria KLCC di sini kelmarin.

Ekoran kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Tham Wei Mei, 46, mengalami kerugian hampir RM1,000 termasuk wang tunai berjumlah RM600, beg duit kulit serta beberapa keping kad kredit dan kad bank.

Katanya, sebelum kejadian, dia membeli-belah bersendirian di tingkat satu pusat beli-belah tersebut dan ketika ingin membuat bayaran, dia terkejut kerana mendapati beg tangannya ditoreh dan beg duit di dalamnya telah lesap.