Fergie: Powell bakal ganti Scholes

Sir Alex Ferguson telah menyatakan bahawa Nick Powell dijangka akan menggantikan tempat Paul Scholes di Manchester United.

Powell kini 699 penampilan dan 154 jaringan gol di belakang pemain lagenda Scholes walaupun telah mencatatkan jaringan pertama dalam penampilan pertama kemenangan 4-0 ke atas Wigan.

Walaubagaimanapun beliau masa muda dan berpotensi untuk melepasi pencapaian Scholes.

Penampilan pertama pemain lagenda itu beberapa hari sebelum hari jadi ke 20 beliau yang telah ditandakan dengan dua gol ke atas Port Vale sementara Powell kini hanya 18 tahun.

Ferguson berkata: “Nick Powell akan menjadi antara pemain yang penting.”

“Beliau amat tenang, mahir menggunakan kedua-dua kaki dan amat pantas.”

“Beliau juga mempunyai tahap fizikal yang baik dan berpandangan jauh dalam perlawanan.”

“Kami berhatap Powell dapat menggantikan Scholes. Ini adalah hari yang baik untuk pemain yang berusia hanya 18 tahun.”

Powell kelihatan amat pemalu apabila diundang untuk berhadapan dengan MUTV.

“Saya amat kagum dengan kehadiran para peminat pada mulanya.”

“Sebelum ini saya hanya berhadapan dengan 5,000 para peminat.”

“Ia amat mengagumkan tetapi saya akan tetap berendah diri.”

Powell telah mendedahkan bahawa pengalaman bermain dengan Scholes amat dihargainya.

“Ia amat mengagumkan. Beliau sangat berpengalaman.”

Scholes telah menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua sementara Javier Hernandez dan Alexander Buttner mencatatkan gol yang lain sebelum Powell menjaringkan gol pertamanya.