England belasah Moldova

England gah memulakan saingan Kumpulan H Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil dengan kemenangan bergaya 5-0 ke atas Moldova.

Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard terlebih dulu meletakan Three Lions di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti sebelum Lampard sekali meledak jaringan kedua pada minit ke-29 selepas menerima hantaran Glenn Johnson.

Penyerang Tottenham Hotspurs, Jermain Defoe melebarkan jurang jaringan England selepas dia menerima hantaran pemain Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-32.

Separuh masa kedua perlawanan lebih teratur, apabila kedua pasukan saling mengasak memburu gol masing-masing, namun ketumpulan penyudah menjadi penghalang khasnya kepada tuan rumah.

James Milner tidak ketinggalan mencatat nama sebagai penjaring apabila berjaya menjaringkan gol pada minit ke-74 selepas menerima hantaran Theo Walcott sebelum pemain Everton, Leighton Baines memadamkan sisi kebangkatan tuan rumah pada minit ke- 84 untuk memastikan tiga mata milik England.

Highlight