Chelsea belasah Wolves

Chelsea layak ke pusingan empat Piala Capital One dengan kemenangan besar 6-0 atas Wolves.


Setelah menghabiskan paginya di Wembley – tempat yang dianggap sebagai rumah – mempertahankan dirinya dari dakwaan kes perkauman dengan Persatuan Bola Sepak, Terry diraikan kemenangan besar di stadium yang sentiasa disanjungnya.

Kapten Chelsea itu menjadi seorang penonton maya apabila beliau melihat kemenangan terbesar pasukannya selama hampir 21 bulan hasil jaringan gol dari Gary Cahill, Ryan Bertrand, Juan Mata, Oriol Romeu, Fernando Torres dan Victor Moses.

Ia seakan Terry mahu kemenangan ini sebelum hari ketiga perbicaraan kes perkauman yang dikatakan telah diucapkan terhadap Anton Ferdinand – sesuatu yang dinafikan sejak perbalahan itu hampir setahun yang lalu.
Chelsea telah membuka tirai perlawanan dengan tandukan pemain pertahanan Gary Cahill pada minit ke empat.

Pasukan Chelsea yang semakin yakin dan bertenaga kemudian bersatu untuk gol kedua pada minit ke tujuh melalui Ryan Bertrand.

Gol ketiga amat menyerlah dari pemain bintang, Mata yang telah memberikan tendangan hebat dengan bimbingan Torres dan Ramires.

Tetapi pasukan rumah membalas sekali lagi apabila De Vries menangani Victor Moses dan diberikan penalti.
Romeu dihadiahkan dengan gol pertamanya di Chelsea.

Peluang Peszko tersasar dari 12 meter sebaik sahaja permulaan perlawanaan dan kegagalan Torres untuk mendapatkan gol bertambah apabila tendakan terbaru dipesong keluar.

Namun itu semua berakhir apabila beliau memberi tandukan rumah pada minit ke 58 hasil tendangan Mata dari tepi padang.

Melengkapkan kemenenangan besar Chelsea adalah jaringan pertama Moses di Chelsea yang telah dihantar oleh pemain gantian Oscar pada 19 minit terakhir.

highlight