Butler terpaksa tinggalkan Terengganu?


Jurulatih Terengganu, Peter Butler, ditimpa malang yang lebih apabila dia bukan sahaja digantung selama 6 bulan tetapi mungkin terpaksa meninggalkan skuad Penyu lebih awal daripada yang dijangkakan.
Mengikut peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain dan pegawai akan terbatal kontrak jika mereka digantung lebih 30 hari. Oleh kerana itu, kontrak Butler mungkin terbatal secara automatik.
Apapun Peter Butler masih menunggu surat rasmi dari PBSNT berkenaan penggantungannya.