Berbatov hilang hormat pada Ferguson

Dimitar Berbatov memberitahu bahawa beliau telah hilang rasa hormat kepada Sir Alex Ferguson kerana cara kariernya di Manchester United tamat.

Penyerang yang telah berpindah ke Fulham Jumaat lepas berkata beliau kecewa dengan layanan pengurus United itu pada bulan-bulan terakhirnya di sana.

“Saya tidak rasa saya patut dilayang sebegitu di United – beraksi dalam perlawanan yang sedikit tahun lepas,” kata Berbatov.

“Saya berjuma dengan jurulatih sebanyak 10 atau 15 kali untuk bertanya jika beliau perlukan saya. Dan setiap kali itu saya diberitahu saya pemain yang penting dan tidak patut berpindah tetapi saya tetap tidak disenaraikan dalam pasukan.

“Mungkin saya seharusnya meninggalkan kelab semasa beliau mengecualikan saya dalam final Liga Juara Juara 2011.

“Saya tahu dia bos tetapi dia telah kehilangan rasa hormat saya disebabkan caranya melayan saya.”
Ejen pemain itu berkata Berbatov telah menerima tawaran lewat dari Spurs pada minit terkahir jendela perpindahan.

“Kami berhubung dengan Tottenham pada saat terakhir,” kata ejennya dan menambah bahawa 12 kelab telah berminat untuk mendapatkan Berbatov.

Berbatov turut megakui dia menjadi mangsa kepada gaya permainan United.

“Ferguson cuba menjelaskan kepada saya bahawa pasukan akan beraksi dalam permainan yang lebih menerus dengan lebih pantas.

“Tetapi saya bukan pemain yang pantas, saya lebih gemar memegang bola, ini cara saya.

“Sukar untuk menerima keputusannya untuk tidak melibatkan saya – saya masih mempunyai maruah. Saya menjaringkan banyak gol, saya menjuarai liga dua kali dan saya penjaring terbanyak liga.

“Saya tidak akan mempunyai masalah untuk beraksi menentang United. Tidak perlu melihat ke masa lalu lagi. Saya mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang perlu. Bukan Ferguson.”