Barcelona kental di puncak liga

BARCELONA – Barcelona menerima tentangan sengit daripada Granada sebelum mencatat kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Sepanyol di tempat sendiri, kelmarin.

Xavi dan jaringan sendiri pertahanan Granada, Borja Gomez pada minit ke-87 dan 92 menjadi penyelamat Barcelona dalam aksi itu.

Walaupun menguasai sebahagian besar permainan, Barcelona terpaksa menunggu kehadiran Xavi yang dibawa masuk pada minit ke-54 untuk memecah kebuntuan.

Ini merupakan kemenangan kelima-lima berturut-turut Barcelona daripada lima perlawanan awal musim untuk mengekalkan rekod bersih mereka setakat ini.

Mereka kini menguasai puncak liga dengan 15 mata penuh diikuti Malaga 10 mata. Malaga bagaimanapun bermain kurang satu perlawanan.

Sementara itu, dalam perlawanan lain, Celta Vigo mencatat kemenangan kedua mereka daripada tiga perlawanan musim ini selepas menewaskan Getafe 2-1.

Salah satu gol Celta Vigo dijaringkan pemain Korea Selatan yang dipinjamkan dari Arsenal, Park Chu-Yong walaupun diturunkan sebagai pemain gantian.

Lain-lain keputusan menyaksikan Real Zaragoza menewaskan Osasuna 3-1 dan Real Betis menang tipis 1-0 ke atas Espanyol. – AFP

Highlight