ATM menang tipis

PASUKAN berstatus kelab, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cuba mengukuhkan cengkaman dalam saingan Piala Malaysia tetapi berakhir dengan kemenangan tipis ke atas Negeri Sembilan dalam perlawanan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi.

Kemenangan 3-2 ini nyata meletakkan pasukan bimbingan B Sathianathan, yang akan bertandang ke Stadium Paroi pada suku akhir kedua 2 Oktober ini, dalam keadaan tidak selesa.

Pada babak pertama perlawanan, gawang tuan rumah sedikit cemas apabila percubaan Negeri Sembilan pada babak awal perlawanan nyaris membolosi gol namun tendangan terkena palang gol.

ATM  yang bermain di hadapan penyokong sendiri nyata bersemangat apabila dilihat melakukan serangan bertubi-tubi ke gawang lawan.

Pun begitu beberapa percubaan awal menerusi Fitri Omar pada minit ke-36 tetap tidak berjaya apabila kekentalan kubu pertahanan anak buah Azraai Khor menahan asakan tuan rumah.

Memasuki babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan tuan rumah memperkemaskan corak permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan pemain ATM mencemaskan kem pasukan pelawat, namun tendangan lencongnya  dari  jarak 15 meter berjaya didakap kemas penjaga gol Negeri Sembilan.

Begitupun, keghairahan tuan rumah dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai menerusi tendangan Christie Jayaselan pada minit ke-55 untuk mengukuhkan kedudukan di depan.

Selang beberapa minit kemudian, pasukan tuan rumah menambah jaringan menerusi Bruno Marteloto pada minit ke-60.

Bagaimanapun, gol tersebut tidak menyentap semangat juang Negeri Sembilan apabila turut melancarkan serangan ke kubu lawan.

Begitupun kealpaan  penjaga gol ATM akhirnya terhukum apabila pasukan pelawat berjaya menjaringkan gol menerusi Firdaus Azizul pada minit ke-74 untu

Highlight