ATM layak setelah singkirkan Terengganu

ATM menjadi pasukan pertama yang layak ke suku akhir Piala Malaysia malam ini dengan bebaki satu lagi perlawanan.

Kedua-dua pasukan dari Terengganu, Terengganu FA dan T-Team pula tersingkir dari saingan Piala Malaysia selepas kedua-duanya tewas malam ini.

ATM mengutip 10 mata dalam Kumpulan B selepas menewaskan Terengganu 2-0 hasil jaringan Marlon Alex James dan Bruno Martelotto yang cukup untuk membawa mereka ke suku akhir.

Terengganu pula yang kini dilanda pelbagai kontroversi dan masalah dalaman hanya mengutip empat mata dari lima perlawanan dan menamatkan saingan Piala Malaysia malam ini.

Kelantan atau Kedah masih berpeluang menyertai ATM ke suku akhir selepas perlawanan tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Darul Aman. Perlawanan terakhir akan menjadi penentuan kepada mereka nanti.

Pesta gol malam ini dalam Kumpulan D selepas Sarawak benam T-Team 6-1 dan menyingkirkan pasukan dari Terengganu itu dari Piala Malaysia musim ini.

T-Team yang hanya mengutip satu mata selepas lima perlawanan ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama selepas Joel Epalle menjaringkan gol pembukaan.

Pada separuh masa kedua, Sarawak meledak lagi lima gol hasil jaringan Azizan Baba, Joel Epalle sekali lagi, Bobby Gonzalez dan juga Shahrudin menjaringkan gol keenam.

T-Team hanya menjaringkan gol saguhati hasil jaringan penalti Zairo Anuar.

Di Kuantan pula pasukan Pahang tewas buat pertama kalinya dalam saingan PIala Malaysia musim ini selepas dijinakkan 4-1 oleh Selangor.

Amri Yahyah menjaringkan gol pertama perlawanan seawal minit ke-16 kemudian diikuti oleh jaringan Bosko Balaban.

Pada separuh masa kedua, Amri sekali lagi menjaringkan gol ketiga untuk Red Giants dan Rozaimi Abd Rahman menyumbat gol sulungnya bersama Selangor pada minit ke-54.

Pada minit ke-73 Pahang diberi sepakan penalti dan dijaringkan oleh Hafiz Kamal.

Sime Darby dan Negeri Sembilan hanya berkongsi satu masa selepas perlawanan tamat dengan keputusan 1-1 begitu juga dengan Felda United yang seri 2-2 dengan Perak.

Dengan berbaki satu perlawanan, Negeri Sembilan adalah pasukan yang masih belum tewas setakat ini dan menduduki tempat teratas Kumpulan C dengan kutipan 9 mata.

Dalam Kumpulan A pula LIONSXII masih perlu bergantung kepada perlawanan terakhir selepas tewas 1-0 kepada PKNS FC malam ini. Manakala Johor FA berjaya menewaskan Johor FC 3-1.

Saingan Piala Malaysia kini berehat selamat 10 hari untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia akan berlangsung pada 14 September ini.

Highlight

Pahang v Selangor