Arsenal benam Montpellier

Arsenal mencatat kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara musim ini setelah menewaskan Montpellier 2-1 di Perancis.

Pada mulanya, tuan rumah telah mendahului dengan sepakan penalti pada minit ke-9 menerusi pemain Younes Belhand setelah ditangani kapten Arsenal Thomas Vermaelen.

Namun, kelab liga perdana Barclays yang dibimbing oleh Steve Bould, bangkit semula dah menyamakan kedudukan melalui gol halus dari pemain Jerman Lucas Podolski.

Sebelum Montpellier dapat pulih, pemain Arsenal Gervinho kemudian menyumbang gol kedua pada minit ke-18.

Walaupun prestasi tuan rumah meningkat selepas waktu rehat dengan percubaan pemain sayap Remi Cabella yang melanggar tiang gawang dan Youness Belhanda yang telah gagal mengunakkan peluang emas, Gunners menutup perlawanan dengan kemenangan.

Ini juga menandakan gol pertama Montpellier dalam pertandingan Liga Juara-Juara musim ini.

Highlight