Arbil belasah Kelantan

Kelantan gagal membawa pulang sebarang mata dari perlawanan suku akhir pertama piala AFC di Iraq sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah Arbil berjaya menceriakan penyokong mereka di stadium Franso Hariri dengan membelasah Kelantan 5-1.

Perlawanan yang banyak dikuasai oleh pasukan tuan rumah berkesudahan seri 1-1 pada separuh masa pertama.

Gol tunggal Kelantan diperolehi oleh ketua pasukan Badri Radzi hasil sepakan penalti pada min ke-42.

Arbil menguasai hampir keseluruhan separuh masa kedua sehingga mampu menambahkan 4 lagi jaringan dan melepaskan beberapa peluang yang terhidang untuk mereka.

Kelantan akan bertemu Arbil pada 25 September ini di Stadium Sultan Mohammed Ke IV untuk perlawana kedua.

Saksikan live streaming perlawanan akan datang di sini

Highlight perlawanan