3 kelab dan 5 negeri ke suku akhir
Kelab gergasi Liga Super, Selangor dan Kelantan berjaya menang untuk bertakhta di kumpulan Piala Malaysia masing-masing.
Juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor memulakan perlawanan di belakang Pahang dengan perbezaan jumlah gol dalam Kumpulan D tetapi telah mara ke tempat teratas selepas menang 2-0 ke atas Sarawak.
Selepas separuh masa pertama tanpa jaringan, penyerang Amri Yahyah telah menyumbat dua gol pada separuh masa kedua.
Keputusan itu sudah cukup untuk Selangor mengatasi Pahang yang tewas 3-2 kepada T-Team.
Di Kumpulan B, Kelantan telah membelasah Terengganu 6-1 di Kota Bharu untuk mengatasi ATM dalam kumpulan.
Selepas Afiq Azmi menjaringkan gol pertama untuk Kelantan pada minit ke-13, Norfarhan Muhammad menjaringkan dua gol pada minit ke 30 dan 48.
Ketua pasukan Kelantan, Badhri Radzi kemudian menjaringkan gol ketiga dan keempat 13 minit sebelum masa tamat. Indra Putra berjaya menjaringkan gol keenam Kelantan.
ATM yang telah mara ke suku akhir bolos dua gol kepada Kedah dan telah seri 2-2 di Stadium MP Selayang.
Negeri Sembilan dan Felda United layak ke suku akhir selepas seri 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman.
Farderin Kadir menjaringkan gol pertama perlawanan dan meletakkan Felda United 1-0 di hadapan pada minit ke-19.
13 minit kemudian Effa Owona menjaringkan gol penyamaan dan kedua-dua pasukan berkongsi mata.
Keputusan itu juga bermakna Perak gagal mara ke pusingan suku akhir walaupun menang 2-1 ke atas Sime Darby.
LIONSXII menjuarai Kumpulan A selepas hanya seri 0-0 dengan Johor FC yang juga layak ke suku akhir.
Manakala Johor FA menamatkan saingan Piala Malaysia musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas PKNS FC.
Suku Akhir Piala Malaysia
21 September 2012
LIONSXII vs Pahang
Selangor vs Johor FC
26 September 2012
Pahang vs LIONSXII
Johor FC vs Selangor
28 September 2012
Kelantan vs Felda United
Negeri Sembilan vs ATM
5 Oktober 2012
Felda United vs Kelantan
ATM vs Negeri Sembilan
*Selangor dan LIONSXII akan beraksi lebih awal kerana Selangor vs Singapura pada 29 September dalam Piala Sultan Selangor
Highlight gol
ATM v Kedah
Kelantan v Terengganu
Selangor v Sarawak
Perak v Sime Darby
LionsXII v Johor FC
Johor v PKNS