VietJet Air didenda, gara2 tarian berbikini dalam penerbangan

Syarikat penerbangan tambang murah Vietnam, VieJet Air didenda oleh pihak berkuasa penerbangan negara tersebut akibat menganjurkan tarian berbikini dalam penerbangan mereka tanpa kebenaran.

lapor akhbar Tuoi Tre, VietJet Air menganjurkan tarian seumpamanya bagi meraikan penerbangan sulung syarikat terbabit dari Ho Chi Minh City ke hub pelancongan Nha Trang, pada 3 Aug yang lalu.

Tarian berbikini selama 3 minit ini dalam penerbangan dirakam oleh penumpang yang memaparkan 5 peserta ratu cantik tempatan, dan telah memuat naik ke ruang maya. Ini telah mencetuskan perbalahan dikalangan warga konservatif Vietnam atas apa yang berlaku.

Ketua Penyiasat Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam, Nguyen Trong Thang, mengatakan bahawa VietJet Air telah melanggar ‘peraturan penerbangan awam’ dan telah didenda $1,244.