Van Persie sah ke Manchester United

Manchester United telah mengesahkan mereka bersetuju dengan perjanjian untuk mendapatkan Robin van Persie daripada Arsenal.

Pengumuman itu dibuat selepas rundingan yang panjang dan Van Persie kini akan menjalani ujian mendikal.
“Manchester United dengan besar hati mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan dengan Arsenal FC untuk menandatangani Robin Van Persie” menurut kenyataan kelab itu.

“Perjanjian itu tertakluk kepada ujian medikal dan perjanjian terma peribadi. Pengumuman yang selanjutnya akan dibuat nanti.”

Jika kedua-dua perkara berjalan dengan lancar, Van Persie mungkin akan diturunkan ketika United bertemu Everton pada perlawanan pertama musim Liga Perdana Inggeris yang baru Isnin ini.

Tiada jumlah yuran perpindahan yang telah didedahkan oleh United, tetapi dipercayai dalam lingkungan 20 juta pound.

Dikhabarkan juga, Van Persie akan mengikat kontrak selama empat tahun.