Sime Darby pecat ‘Ronaldinho’

The Star melaporkan penyerang berusia 21 tahun itu diminta untuk meninggalkan pusat latihan semalam dan dipersalahkan sepenuhnya di atas kekalahan 4-0 pasukan kelab itu kepada Negeri Sembilan oleh jurulatih, Ismail Zakaria.

Wleh telah menjaringkan 15 gol dalam 18 permainan buat Sime Darby dalam aksi liga musim ini, membuatkan pemecatannya dianggap mengejutkan setelah golnya membantu kelab itu ke final Piala FA tahun ini dan tempat ketiga Liga Perdana.

Wleh yang jelas kecewa dengan tindakan itu memberitahu The Star dia menerima keputusan tersebut.

“Jurulatih dakwa saya tidak ambil peluang di hadapan gol dalam kedua-dua perlawanan. Itu tidak adil. Saya melakukan yang terbaik tapi nasib tidak menyebelahi saya.

“Saya tidak diperlukan di sini lagi. Saya menghadiri latihan dengan harapan diberikan peluang kedua namun jurulatih menyuruh saya pergi. Saya akan cari pasukan lain, kemungkinan di Portugal.

Sime Darby kini di tangga tercorot Kumpulan C dengan satu mata daripada dua perlawanan, setelah menjaringkan satu gol dan bolos satu. Negeri Sembilan dan Felda United menerajui dengan empat mata manakala Perak ketiga, juga dengan satu mata.