Sarawak FA bakal didenda lagi

Sarawak FA bakal berhadapan dengan denda yang berat selepas para penyokong gagal mengawal diri semasa perlawanan dengan Selangor Rabu lepas.

Menurut laporan New Straits Times, beberapa penyokon telah melemparkan mercun ke dalam padang dan telah mencederakan beberapa jurugambar media yang bertugas.

Jurugambar Bernama, Mohamad Razali Nordin yang mengalami sakit jantung telah dibawa ke hospital selepas dikejutkan dengan bunti letupan yang kuat dari mercun yang dilempar beberapa sentimeter darinya.

Tiga lagi jurugambar yang cedera adalah Nadim Bokhari dari New Straits Times, Zilazhar Sheblee dari The Star dan Mohamad Gustie Noorambia dari akhbar Kosmo.

Mereka telah membuat aduan tentang masalah pendengaran dan serpihan api yang terkena kepada mereka.
Semalam, kesemua jurugambar tersebut telah membuat laporan polis tentang kejadian itu di balai polis Simpang Tiga.

Ini merupakan kes ktiga yang melibatkan penyokong Sarawak.

Sarawak FA sebelum ini pernah didenda RM75,000 oleg FAM kerana kelakukan penyokong ketika bertemu LIONSXII dan Kelantan.