RVP mungkin tampil menentang Everton

Sir Alex Ferguson yakin Robin van Persie akan bersedia untuk perlawanan pertamanya bersama Manchester United menentang Everton pada malam Isnin.

United mengumumkan malam tadi bahawa mereka telah bersetuju dengan yuran pemindahan Arsenal untuk pemain itu tteapi tertakluk kepada keputusan ujian medikal.

Ferguson berkata: “Beliau dalam perjalanan dari London untuk ujian medikal tengah hari ini (Khamis).
“Kami harap semua berjalan lancar. Ejennya sedang berbincang dengan David Gill sekarang.

“Saya yakin jika semua berjalan lancar, beliau mampu memulakan kerjaya bersama United pada Isnin ini.”

Ferguson juga telah menyamakan situasi ini seperti pada 1999 apabila Andy Cole dan Dwight Yore menjaringkan 53 gol semasa United menjulang ‘treble’ dan juga telah dikukuhkan dengan wira Liga Juara Juara seperti Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer.

“Van Persie dan Wayne Rooney adalah pemain ynag hebat dan kami gembira untuk memiliki kedua-dua mereka.

“Ia memberikan kekuatan kepada kami di bahagian hadapan.

“Pada tahun 1999 kami mempunyai Dwight Yorke, Andy Cole, Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solksjaer, empat penyerang terbaik Eropah.

“Kami menuju ke arah itu kini dengan Javier Hernandez, Wayne Rooney, Robin, Danny Welbeck dan Shinji Kagawa.

“Kami mempunyai koleksi pemain yang terbaik dan harapnya saya akan memilik kombinasi yang terbaik.”