Reds, City inginkan Walcott

Masa depan Theo Walcott di Arsenal belum lagi dijamin dengan kontrak baru yang ditawarkan tidak ditandatanganinya.

Ia telah dilaporkan dalam beberapa akhbar UK yang pemain antarabangsa England itu ingin kontrak yang akan memberinya £100,000 setiap minggu dan bukan £75,000 yang ditawarkan Arsenal – beliau kini mendapat £60,000 setiap minggu.

Jika Walcott tidak menandatangani kontrak baru, Wenger tidak perlu bimbang untuk menggantikan pemain sayapnya yang telah menjaringkan 11 dan mencipta 13 gol musim lepas. Santi Cazorla, Lukas Podolski dan Alex Oxlade-Chamberlain semua mampu bermain di posisi beliau.

Beberapa laporan telah menyatakan yang Liverpool dan Manchester City sudahpun menunjukan minat.
Manchester City telah juga membuat tawaran untuk pemain Swansea Scott Sinclair tetapi tawaran ditolak dan kini berpendapat bahawa Walcott adalah pilihan yang lebih baik dalam pasukan mereka yang mempunyai ramai pemain yang berbakat dari segi teknikal tetapi kurang pemain yang pantas.

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers juga sedang mencari pemain sayap kerana lebih selesa dengan dua pemain sayap dalam formasi seperti dalam pasukan terakhir beliau dengan Sinclair dan Nathan Dyer.

Pemindahan ke Anfield lebih baik untuk Walcott, yang telah menyatakan bahawa beliau adalah peminat setia Liverpool.
Apa yang penting adalah kedua-dua kelab mampu memberinya gaji yang lebih lumayan.