Rangkuman BPL: 18 Ogos 2012

West Brom menewaskan Liverpool, Arsenal seri tanpa gol dengan Sunderland sementara Fulham, Swansea menang besar.

West Brom membuka tirai dengan rembatan Gera tetapi Daniel Agger telah dibuang padang selepas mengasari Long selepas masa rehat tetapi penyerang itu menyaksikan percubaan lemah beliau diselamatkan Pepe Reina.

Enam minit kemudian, Skrtel pula yang mengasari Long dan kini Peter Odemwingie menjaringkan penalti itu sebelum Romelu Lukaku menjaringkan gol ketiga pada minit 78 dengan tandukan.
Arsenal pula seri tanpa gol dengan Sunderland dalam perlawanan yang membosankan, tanda pengganti Robin van Persie masih belum menyesuaikan diri.

Pemain midfield Swansea Michu menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-0 ke atas QPR di Loftus Road.

Penyerang Sepanyol itu mendapat gol pertama musim ini apabila percubaannya lepas penjaga gol Robert Green pada minit ke lapan sebelum mendapat gol kedua lepas masa rehat dari hantaran Wayne Routeledge.

Nathan Dyer menjaringkan gol ketiga dari hantaran Routledge sebelum menambah satu lagi dengan Scott Sinclair menjaringkan gol terakhir yang menandakan permulaan baik untuk pengurus Michael Laudrup.

Fulham juga menunjukan prestasi lima bintang dengan lima gol atas Norwich di Craven Cottage.
Damien Duff membuka tirai dari hantaran John Arne Riise pada minit ke 25 sebelum Petric menanduk masuk gol kedua lima minit sebelum masa rehat.

Petric mendapat satu lagi sebelum Alex Kacaniklic dan Steve Sidwell mengakhiri kemenangan besar itu.
Stoke pula seri 1-1 dengan Reading di Stadium Madejski. Michael Kightly membuka tirai dari jarak dekat tetapi pasukan Royals menyamakan kedudukan apabila Adam Le Fondre menjaringkan gol penalti.

West Ham menang 1-0 atas Aston Villa di Upton Park dari jaringan Kevin Nolan pada minit ke 40 dari hantaran Vaz Te.

Newcastle menewaskan Tottenham 2-1 di Sports Direct Arena apabila Demba Ba membuka tirai pada minit ke 55 tetapi Jermain Defoe menyamakan kedudukan pada minit ke 76. Malangnya Hatem Ben Arfa dikasari Aaron Lennon dalam kotak dan penyerang Perancis itu merembat masuk penalti beliau.

Keputusan Hari Sabtu

Arsenal 0-0 Sunderland
West Brom 3-0 Liverpool
West Ham 1-0 Aston Villa
Reading 1-1 Stoke
Fulham 5-0 Norwich
QPR 0-5 Swansea
Newcastle 2-1 Tottenham