Prestasi penyerang membimbangkan Rajagopal

Jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagopal berkata pasukannya sedang membuat persiapan yang baik menjelang Piala AFF Suzuki pada bulan November tetapi beliau mempunyai satu kebimbangan.

Rajagopal mendedahkan beliau kecewa dengan prestasi para penyeragnya. Penyerang-penyerang utama Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali telah gagal untuk mengulangi prestasi hebat mereka sejak membantu Malaysia menjuarai pertandingan itu dua tahun yang lalu.

Kali terakhir Safee menjaringkan gol untuk pasukan Harimau Malaya adalah di kekalahan 3-2 kepada India November lalu manakala prestasi Norshahrul telah jatuh selepas beliau pulih daripada kecederaan.
Rajagopal mengakui tonggak serangannya perlu mempertingkatkan lagi prestasi mereka selepas persembahan yang mengecewakan menentang Arsenal dan Manchester City baru-baru ini.

“Penyerang kami bermain dengan lebih baik menentang Man City berbanding dengan apabila menentang Arsenal tetapi masih ada ruang untuk memperbaiki lagi,” kata Rajagopal.

“Para penyerang saya bekerja keras di dua perlawanan itu … tetapi ia perkara biasa untuk seorang penyerang mengalami satu tempoh di mana mereka akan gagal untuk jaringkan gol. Safee dan Norshahrul adalah pemain-pemain professional dan mereka tahu apa yang patut dilakukan.”

Rajagopal juga berkata terdapat beberapa perkara positif yang boleh diambil daripada perlawanan menentang Man City.
“Secara keseluruhan, pasukan saya bermain dengan baik dan kami harus ingat City mempunyai pemain-pemain yang sangat hebat seperti Sergio Aguero dan Carlos Tevez,” kata Rajagopal.

“Gary Steven Robbat bermain dengan baik, sebab itu beliau bermain 90 minit. S. Subramaniam juga memberikan persembahan yang baik … ini adalah tanda-tanda yang baik dan akan berikan saya lebih banyak pilihan.”

Harimau Malaya kini akan rehat sebelum berangkat ke Austria selama 13 hari dari 4-16 Ogos untuk membuat persiapan terakhir sebelum mempertahankan Piala Suzuki mereka.