“Permainan LIONSXII mudah dijangka”

Jurulatih Johor FC, Sazali Saidon akui pasukan LIONSXII mudah dijangka dan tidak begitu menggerunkan ketika mereka bertemu Rabu lepas.

Perlawanan Johor FC dengan LIONSXII di Stadium Pasir Gudnag itu berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Namun, Sazali merasakan LIONSXII kurang variasi dalam permainanan dan menyebabkan mereka mudah dibaca.

“Kami telah memerhatikan LIONSXII secara teliti dan mereka adalah sama seperti apa yang kami lihat sebelum ini. Mereka mekanikal. Sejujurnya mereka mudah dijangka.” kata Sazali.

“Mereka amat bergantung kepada kapten, Shahril Ishak di hadapan. Mereka akan membuat hantaran kepadanya dan lihat jika Shahril mampu melakukan sesuatu tetapi kami telah mengawalnya dengan ketat.

“LIONSXII juga sangat bergantung kepada ‘set-piece’di mana kami yakin akan dapat atasi pada hari Rabu.”
Sazali juga merasakan bahawa pasukannya layak untuk mendapatkan tiga mata dalam perlawanan itu tetapi hanya mampu seri 0-0.

“Saya rasa kami layak menang. Kami mempunyai beberapa peluang terutamanya pada separuh masa kedua apabila kami menurunkan Arthur Henrique.”

Walaubagaimanapun, Sazali tetap berpuas hati dengan persembahan pasukannya.