Penjaga gol tidak hadir prosiding khalwat

PETALING JAYA – Penjaga gawang Malaysia yang beraksi dalam perlawanan menentang Arsenal dan Manchester City bulan lalu, Mohd Farizal Marlias dikenakan perintah saman oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, kerana gagal hadir prosiding khalwat yang dikenakannya, semalam.

Terdahulu, difahamkan pasangan itu telah ditangkap pada November 2011 yang lalu.

Penurut sumber, hubungan antara pemain berusia 25 tahun yang juga pernah mewakili skuad Shahzan Muda dan Perlis, dan wanita berkenaan dilaporkan sudah lama terjalin, dan diberitakan suami wanita itu pernah beberapa kali berjumpa dengan pemain itu untuk menasihatkannya agar tidak berskandal dengan bini orang, namun tidak diendahkan.

Pemain itu ketika dihubungi  selepas tangkapan itu mengesahkan memang dia yang terlibat dalam tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut dan sekadar menjawab, “takpelah awak tak tahu cerita sebenar, nak naikkan nama susah, tapi menjatuhkan orang senang..”