Pasangan menang loteri RM571.8 juta

LONDON: Pasangan British meraih hadiah tertinggi sebanyak 148.6 juta euro (RM571.8 juta) dalam loteri EuroMillions, kata pegawai.

Mereka ialah Adrian and Gillian Bayford pemilik kedai muzik dan pembantu kesihatan dari Haverhill Suffolk tenggara England.

Pasangan yang  mempunyai 10 orang anak ini iaitu 6 wanita dan 4 lelaki hanya meraikan kejayaan di Domino Pizza setakat ini.

Mereka hanya merancang untuk berkongsi hadiah kemenangan ini bersama keluarga dan rakan karib.