OKS siapkan skuad untuk Piala SCTV

Skuad Malaysia Bawah-22 telah diundang Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) untuk beraksi dalam Piala SCTV menentang Indonesia B22.

Memandangkan skuad Ong Kim Swee kehilangan pemain-pemain tonggak seperti Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Wan Zack Haikal dan Gary Robbat yang dipanggil ke skuad Harimau Malaya untuk persahabatan dengan Vietnam pada 11 September ini, Ong Kim Swee telah memilih beberapa muka baru untuk ke Jakarta.

Selain 17 pemain Harimau Muda A dan tiga pemain Harimau Muda B, Kim Swee juga telah memanggil Ashri Chu Chu dari Sarawak, Azrif Nasrulhaq dan Mohd Aminuddin dari PKNS FC dan juga Rozaimi Abd Rahman dari Sabah.

Keempat-empat pemain ini juga telah bersama Malaysia B22 dalam saingan Kelayakan Piala AFC B22 di Yangon, Myanmar.

Pemain-pemain yang turut disertakan dalam skuad adalah Nik Mohd Shahrul Azim dari Kelantan dan juga Reuben Kathripillai dari ATM.

Ong Kim Swee menjangkakan pertemuan dengan Indonesia B22 kali ini akan lebih mencabar berbanding pertemuan dalam Piala Java sebelum ini dimana ketika itu pemain import dan senior telah beraksi dalam Malaysia XI.

“Apa yang pasti, saya rasa Indonesia akan lebih berdaya saing kali ini,” kata Kim Swee.

“Mereka mungkin terluka selepas tewas 6-0 kepada Malaysia XI sebelum ini dan mereka semestinya tidak mahu tewas lagi di hadapan penyokong sendiri.”

Piala SCTV dijadualkan akan berlangsung pada 9 September di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Senarai pemain yang dipanggil

1. Mohd Farhan Abu Bakar
2. Saarvindran
3. Mohd Irfan Fazail
4. Thamil Arasu
5. Muhammad Ferris Danial
6. Shahrul Saad
7. Nazirul Naim
8. Fandi Othman
9. Syahrul Azwari
10. Izham Tarmizi
11. Syazwan Tajuddin
12. Izuan Salahuddin
13. Ahmad Hazwan
14. Azzizan Nordin
15. Syahid Zaidon
16. Shahril Sa’ari
17. Wan Zaharulnizam
18. Syawal Nordin
19. Osman Jusoh
20. Nashriq Yahya
21. Rozaimi Abd Rahman
22. Ashri Chuchu (Sarawak)
23. Nik Mohd Shahrul Azim (Kelantan)
24. Reuben Kathiripillai (ATM)
25. Azrif Nasrulhaq (PKNS)
26. Mohd Aminnuddin Mohd Nor (PKNS)