Nazmi mengukuhkan Beira-Mar Junior

Nazmi Faiz yang telah didaftarkan dalam pasukan utama Beira-Mar kini dipilih jurulatih untuk mengukuhkan kempen skuad muda.

Pasukan muda Beira-Mar telah memulakan latihan untuk kempen Kejohanan Kebangsaan Divisyen 2 selepas prestasi baik musim lepas dimana mereka hampir meraih promosi ke kejohanan divisyen utama.

Jurulatih skuad muda Beira-Mar Luis Antonio menjangka yang pasukannya berpotensi untuk menjuarai divisyen dua sambil turut serta dalam Kejohanan Daerah Aviero.

“Objektif kami untuk turut serta dalam Kejohanan Kebangsaan adalah untuk meningkatkan pengalaman para pemain sambil memberi peluang kepada pasukan untuk menguji keupayaan dalam penyertaan pertama dalam Kejohanan Daerah. Kami akan cuba untuk mara ke peringkat akhir dalam kedua-dua kejohanan.” kata Luis Antonio.

“Latihan perlu dilihat sebagai sesuatu yang perlu dilakukan dalam beberapa tahap dan ia perlu diteruskan walaupun seseorang pemain itu telah lepas umur formasi yang disertakan.”

“Para pemain perlu diberi peluang untuk mencapai tahap kompetitif yang diperlukan dan penyertaan dalam kejohanan sebegini adalah satu-satunya cara untuk melakukannya.”

Pengurus pasukan Ulisses Morais, yang memberi kebenaran untuk kelab itu menandatangani Nazmi, telah menegaskan bahawa matlamat utama Beira-Mar adalah untuk terus mencungkil bakat dan berkata: “Di kelab yang besar seperti Beira-Mar, peningkatan adalah sesuatu yang penting.”

Pasukan muda Beira-Mar telah diperkukuhkan oleh empat pemain baru: Nazmi Faiz, yang telah turut serta sesi latihan bersama pasukan utama, Gosay Saad dari Al-Ittihad, Subtle Bernardo dari Sporting Lisbon dan Diogo Castor daru Academica.

Nazmi masih layak untuk mewakili Beira-Mar dalam liga utama walaupun akan turut serta dalam kejohanan kebangsaan bersama pasukan muda. – espnstar