Nasib saya bermain di era Lin Dan – Chong Wei

Pemain badminton nombor dua dunia, Datuk Lee Chong Wei mungkin tidak akan beraksi di Sukan Olimpik lagi tetapi berkata beliau akan terus bermain hingga ke 2014.

Walaupun beliau mengakui sangat kecewa dengan kekalahan di perlawanan akhir menentang pemain dari Cina, Lin Dan, Chong Wei berkata beliau sudah pun lihat ke masa depan dengan Sukan Asia dan Sukan Komenwel 2014 sasarannya.

Chong Wei juga berkata beliau puas hati dengan persembahannya semalam dan telah memberikan yang terbaik menentang Lin. Beliau kemudian menambah tekanan seluruh negara bukan sebab beliau kalah di perlawanan akhir Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.

“Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih kepada seluruh Malaysia kerana telah menyokong saya. Ia telah banyak membantu saya. Saya tidak jangka dapat ke akhir apabila saya ke Bath (untuk latihan terakhir), saya hanya sedia 50% tetapi saya bekerja keras di Bath dan itu telah membantu saya di Sukan Olimpik,” kata Chong Wei.

Chong Wei kata kemenangan di perlawanan pertama menentang Ville Lang dari Finland telah membakar semangatnya di London.

“Perasaan untuk bermain kembali semula kerana saya bermain perlawanan kompetitif pertama saya sejak Piala Thomas dan prestasi saya meningkat perlawanan demi perlawanan. Saya berada dalam keadaan yang baik di suku akhir menentang P. Kashyap dan memberikan persembahan yang hebat menentang Chen Long di separuh akhir.

“Saya tidak ke perlawanan akhir dengan apa-apa tekanan kerana saya tahu saya harus berjuang jika hendak menang pingat emas dan saya berbangga, walaupun kalah, kerana saya terus berjuang hingga ke tamat perlawanan itu.”

Lin menang perlawanan itu 15-21, 21-10, 21-19 dan Chong Wei memuji pemain dari Cina itu.

“Saya rasa ia nasib saya bermain di era yang sama bersama Lin Dan dan saya hanya dapat memujinya. Beliau telah bekerja keras untuk kekal sebagai juara.

“Tetapi ini bukan perlawanan terakhir saya kerana saya akan bermain untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi. Saya mahu menang pingat emas di Sukan Asia dan mempertahankan kejuaraan Sukan Komanwel di tahun 2014.”

3 Replies to “Nasib saya bermain di era Lin Dan – Chong Wei”

  1. Anonymous

    We’ll always support you Lee Chong Wei , we Malaysian know yoh had done your best . You had shown the world MALAYSIA BOLEH !

Comments are closed.