Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Berbaik

Ada sahaja kisah dalam kehidupan baru beliau hari ini yang boleh dijadikan bahan!

Siapa yang tidak ingat dengan kes penceraian Abby Abadi & Norman Hakim yang berpunca dari bekas suami’nya itu ditangkap khalwat bersama Memey Suhaiza.

Abby Abadi jelas selama ini tidak senang dengan kehadiran Memey Suhaiza dalam kehidupan keluarga beliau & kini sudah pun menjadi isteri sah kepada Norman Hakim.

Namun, sekali lagi melalui Twitter semalam, Abby Abadi kongsikan dua keping gambar yang menunjukkan mereka kini sudah berbaik & seperti tiada masalah untuk bersama.

Menurut Memey Suhaiza yang di’hubungi Fara Fauzana Hot FM, memang benar mereka berdua telah berbaik dan semalam mereka berbuka puasa bersama di rumah Abby Abadi.

Gambar Abby Abadi & Memey Suhaiza bertelekung lengkap ini di’rakamkan selepas solat Maghrib bersama yang khabarnya di’imamkan sendiri oleh Norman Hakim.