Man Utd tersungkur tandukan Fellaini

PEMAIN antarabangsa Belgium, Marouane  Fellaini muncul wira Everton selepas  tandukannya memberi tiga mata penuh setelah menewaskan Manchester United 1- 0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Goodison Park, awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Pemain tengah berusia 24 tahun ini sebelum itu melakukan percubaan menarik menguji ketangkasan penjaga gawang The Reds Devils,  David de Gea, namun bola hanya sekadar singgah ke palang gol pelawat pada separuh masa pertama.

Namun begitu, anak buah Alex Ferguson yang jelas menguasai 56 peratus perlawanan khasnya bahagian tengah nyata gagal menyaingi kekebalan benteng pertahanan The Toffes dikemudi baik  pertahanan antarabangsa England,  Philip  Jagielka  serta kecemerlangan bekas penjaga gol Manchester United, Tim Haword.

Naib juara EPL 2011/2012 itu yang tersentak dengan jaringan Fellaini, respons segera apabila pemain tengah, Tom Cleverley hampir menjaringkan gol pada minit ke-67, namun berjaya dikeluarkan pertahanan tuan rumah.

Manchester United yang tertekan dengan jaringan itu kemudian memasukan bekas Kapten Arsenal, Robin van Persie mengantikan Danny Welbeck pada minit ke-68 untuk memberi lebih sengat kepada bahagian penyudah.

Namun, kemasukan pemain antarabangsa Belanda itu gagal membantu Shinji  Kagawa dan Wayney Rooney untuk memastikan permulaan baik pasukan dari kota Manchester berkenaan untuk keputusan kekal berpihak kepada tuan rumah 1-0.

Highlight