Legenda Badminton Punch Gunalan Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Legenda badminton negara, Datuk Punch Gunalan yang berusia 68 tahun meninggal dunia pada awal Rabu.

Punch Gunalan yang dilahirkan di Sepang, Selangor pada tahun 1944 merupakan salah seorang pemain perseorangan juga untuk beregu yang cemerlang.

Beliau pernah terlibat sebagai salah seorang jurulatih yang membantu Malaysia memenangi Piala Thomas pada 1992.