Isu perpindahan RVP berterusan

Yuran perpindahan sebanyak £20juta yang diminta oleh Arsenal masih belum dipersetujui oleh mana-mana kelab.

Enam minggu yang lepas Van Persie mengumumkan beliau yakin akan meninggalkan Arsenal, tetapi walaupun terdapat tawaran dari Manchester United, Manchester City dan Juventus, beliau masih lagi di Arsenal.

Arsenal menolak bidaan dari Manchester United tiga minggu lepas dan walaupun kelab itu telah mengurangkan yuran perpindahan, Van Perise masih belum berpindah ke Old Trafford.

Kelihatannya Old Trafford adalah destinasi yang lebih diminati Van Persie tetapi kapten Manchester City, Vincent Kompany inginkan Persie di City.

“Mudah untuk mengatakan anda ingin beraksi bersama Van Persie,” kata Kompany.

“Beliau seorang pemain yang hebat. Beliau telah membuktikan itu musim lepas dan mana-mana kelab yang beliau sertai akan lebih kuat.”

Van Persie hanya membuat penampilan untuk Arsenal dalam pra-musim Ahad lepas menentang Cologne.

Pemain itu dimana kontraknya tamat di penghujung musim depan telah di ‘boo’ oleh sekumpulan penyokong Arsenal. espnstar